Monday, 26 March 2018

wei basikal ko tu...

kayuh gateh basikal weiii

1. Pilih basikal yang dikehendaki :-
 a) roadbike RB
 b) mountain bike MTB
 c) folding bike FB
 atau apa-apa basikal yang difikirkan sesuai untuk anda tunggang, apa yang penting sihat dan boleh terus beribadah kepada Allah swt.

Tuesday, 19 August 2014

Jom kayuh basikal

Seronoknya Kayuh Basikal
Mulanya rasa malu-malu untuk kayuh basikal, lama-kelamaan rasa biasa saja.
Bab yang nombor wahid berkaitan dengan pakaian. Kayuh Basikal ni kena pakai ketat and sendat barulah nampak "like a pro" walaupun yang kayuh tu baru tahap beginner. Tapi sebenarnya kita memakai pakaian "like a pro" atau dengan kata lain berpakaian yang sepatutnya sebagai pengayuh basikal, kita akan rasa keselesaannya semasa dan selepas menunggang basikal.  Percayalah, jangan buat-buat tak faham.  Cubalah dulu. Bagi yang beragama Islam, tolong jaga aurat anda.

Bab nombor duanya berkaitan dengan keselamatan sebelum, semasa dan selepas menunggang.  Keselamatan sebelum menunggang adalah berkaitan dengan fizikal basikal itu sendiri.  Pastikan basikal anda dalam keadaan yang boleh dipercayai untuk dikayuh oleh diri anda sendiri dan orang di sekeliling anda, baik keluarga anda, jiran anda, rakan anda dan pengguna jalan raya yang lain jika anda menunggang roadbike.  Keselamatan semasa menunggang adalah semasa anda dijalan raya atau lebuh raya jika menunggang roadbike atau di dalam hutan, belantara, bukit-bukau jika  menunggang MTB.  Selain itu, keluarga atau rumah anda yang ditinggalkan sementara anda pergi berkayuh, pastikan ianya selamat dan tidak mengganggu rentak kayuhan anda jika anda meninggalkannya dalam keadaan tidak selamat.  Keselamatan selepas adalah berkaitan dengan diri anda sendiri yang setelah penat berkayuh tidak memberi kesan  kepenatan sebagai alasan untuk tidak membancuh susu, mencuci air besar anak, menolong isteri melipat kain jika sudah berkahwin atau membiarkan kawan bersendirian kerana tidak mempunyai minat berkayuh yang sama dengan kita.

Zzzzzzzzxxx